Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Di dalam sebuah temu ramah eksklusif dengan sebuah badan penyiaran Portugal, RTP, Bashar Assad mengalu-alukan misi kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara beliau namun menyeru supaya badan itu tidak menjadi 'cabang diplomasi' bagi pihak Amerika Syarikat.
Beliau membuat komen tersebut di dalam sebuah temu ramah dengan stesen penyiaran RTP yang berpusat di Portugal pada hari Rabu lalu.
Di dalam temu ramah yang sama, beliau tidak menyembunyikan hasratnya untuk melihat Setiausaha Agung baru pertubuhan tersebut untuk mempermudahkan kerjasama pelbagai pihak di dalam menyelesaikan krisis di Syria.
Bercakap kepada Sputnik Brazil, pakar sains politik dan isu berkaitan keganasan, Ricardo Cabral secara khusus menyentuh tentang kemungkinan polisi PBB berubah ke arah yang dikatakan oleh Assad di bawah kepimpinan Setiausaha Agung baru mereka, Antonio Guterres.
Cabral berkata bahawa kehadiran Guterres pasti akan memberi kesan positif, tetapi beliau kemudian menambah bahawa Setiausaha Agung itu perlu diberikan masa untuk melihat sejauh mana beliau mampu pergi.
Ketua Baru PBB Perlu Tumpukan Perhatian Terhadap Usaha Basmi Daesh Dan Bukannya Usaha Tangani Assad.
17 November 2016 - 15:55
News ID: 792587
Di dalam sebuah temu ramah eksklusif dengan sebuah badan penyiaran Portugal, RTP, Bashar Assad mengalu-alukan misi kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara beliau namun menyeru supaya badan itu tidak menjadi 'cabang diplomasi' bagi pihak Amerika Syarikat.